Wednesday, May 31, 2017

Orientasi UiTM





Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang tengah cuti seminggu bulan puasa. Huhuhu minggu lepas aku ada orientasi ataupun dikenali sebagai Minggu Destini Siswa (MDS) di UiTM. Alhamdulillah, ada rezeki untuk aku sambung belajar dalam kos yang memang aku target sebelum ni. InsyaAllah, aku takkan sia-sia kan peluang yang ada kali ni.

Nak dijadikan orientasi seminggu haritu memang memenatkan. Kat tempat aku belajar orientasi nya seminggu. Lepastu siswa kena pakai baju kemeja setiap masa, siswi pula kena pakai baju kurung je. Kalau tak silap aku, uitm lain benarkan siswa/siswi pakai baju bebas huhuu. Nasib lah dapat yang macam ni nak buat macam mana kan. Ikut jelah.

Gambar kat bawah ni bukti aku kena berkejar-kejar (berlari) masa orientasi tu hahaha. Secara tak sengaja fon aku yang aku pegang entah macam mana ter snap gambar-gambar ni kekekeke. Bukan nak bantah, cuma masatu memang panas yg amat lah. Panas, kena lari pulak tu. Jauh pulak tu. Huhuhu insyaAllah boleh kurus kalau aku berlari selalu kat situ :'))


 


Sepanjang MDS, semua nya kena cepat-cepat, pantas, takboleh berlenggang-kangkung. Kalau tak habislah korang kena sound ngan fasi hehehe. Tapi aku sayang kakak fasi semua baik2 even diorang garang. Biasalahhh dah tanggungjawab diorang kan. Aku respect kat akak2 sebab diorang confident gila. Hm rip my self-esteem.

Bagi korang yang bakal menempuh hidup di uitm tahun depan ke bila2 lah. Aku nasihatkan bawa benda-benda ni.

1. Botol air (Kalau bukan bulan puasa XD)
2. Dokumen2 penting yang perlu dibawa
3. Baju kurung putih, Kain hitam, Kasut Hitam, Tudung Hitam (Untuk majlis formal)
4. Baju kurung (Depends uitm mana korang masuk. Tapi bawak jelah. Safe la jugak)
5. Perfume. btw jangan lupa pakai deodorant. Sangat-sangat diperlukan. Lol
6. Telekung ni kena selalu ada dalam beg pergi mana-mana. Senang.

Bagi aku tu semua penting lah. Yang lain sila figure out sendiri hehehe.

Lagi satu, masa MDS, akan ada banyak taklimat untuk pelajar baru. Sangatlah diingatkan supaya korang janganlah lalai/tertidur masa taklimat tu.


Taklimat nya memang banyak. Lepas satu slot, slot lain, slot baru, slot seterusnya sampailah malam kahkah. Dewan pun sejuk semacam tempat memang sedap tidur. Tapi pls jangan. Banyak sangat information penting masa taklimat tu. Jangan jadi macam aku, menyesal sebab tidur sepanjang masa hahaha. Sekarang aku agak clueless lagi even taklimat dah diberi hehehe. (Jangan tiru aksi ini okay)

Dalam seminggu tu, terselit la sehari ni belah petang untuk riadah. Masatu boleh tahan bahagia jugak lah sebab boleh tukar baju t-shirt ngan seluar. Yelah rasa rimas sangat bila kena pakai baju kurung setiap hari lari kesana kesini. ye dok?


Tapi serius lah memang best. Walaupun penat GILA, tapi worth it la sebab bila korang kat orientasi, semua orang friendly gila sebab masing-masing baru kenal. Lepastu kau gi mana-mana pun boleh je buat kawan baru. Tu yang best lah bagi aku. Even baru seminggu kenal, aku dah rasa macam lama dah rapat hehehehe. Till we meet again roommates and friends naik cuti nanti! 

Ada apa-apa soalan boleh tanya di comment section hehe. Adios!


Saturday, April 1, 2017

Temporary People


Assalamualaikum.



Firstly, alhamdulillah dah graduate highschool weeeee. Seronok betul tinggal sekolah ye? Yelah orang kata nanti bila dah tua baru nak rindu-rindu zaman sekarang. For sure, kenangan indah, pahit serta manis tetap akan dirindukan hehehehe. Dah habis SPM, dah dapat result dah pun. Pasal result, hm Alhamdulillah tetap bersyukur walaupun ada rasa kecewa sikit pada diri sendiri. Tapi takpe, kita dah move on dengan result so let's back to our topic today, which is Temporary People.




Bagi aku, selama hampir 18 tahun tinggal kat bumi ni, aku dah jumpa bermacam-macam jenis orang. Ada yang kekal, ada yang pergi.

Alhamdulillah kalau korang semua masih ada yang setia & sudi untuk selalu disisi. Kalau korang semua ada kawan-kawan atau orang yang selalu ada waktu jatuh naik kita, waktu orang mencaci kita, waktu kita tiada sesiapa, waktu kita memerlukan seseorang, simpan & jagalah mereka baik-baik. Sebab apa? Sebab mereka ni orang-orang yang nampak baik buruk kita.

Lagilah kalau kau jenis yang baran ke annoying ke atau apa2 perangai yang orang lain susah nak terima, tup tup kau nampak seorang dua tu je yang ada disisi kau. Yang lain (geng-geng temporary people) semuanya dah pergi sebab takboleh terima kekurangan yg kau ada.

Kadang-kadang terkilan. Ni ke cara manusia? Nampak cacat cela seseorang sikit terus buat keputusan untuk pergi?

Sedar jugaklah yang diri kita tak sempurna.  Tapi cara mereka tu jelas-jelas boleh buat kita rasa seperti dibuang, dicampak ke tempat lain selepas mereka kenal kita. Jadi aku rasa, sebenarnya, bukannya "tak kenal maka tak cinta". Tapi bila dah kenal, mereka makin benci pula. *emotional* hahahahaha.

Walau macam mana pun, kalau korang pernah terasa situasi yg macam ni, jangan anggap yg hidup kau dah gelap hanya sebab seorang perosak ni  je. Aku pun pernah mengalami situasi yg sama. Pernah jadi orang paling clueless di dunia, sebab bertanya pada diri sendiri, "Apa salah aku?". Pernah tenggelam dalam perasaan yang rasa macam ... susahnya nak keluar dari situ. Macam tak ada jalan langsung.
Padahal ada je jalan yang terbentang luas.

Jalan penyelesaiannya,

Kau kena sedar, bukan dia seorang yang wujud di muka bumi ni. Yelah walaupun mungkin kita sayang friendship atau sesuatu ikatan tu sebab dah banyak kenangan bersama sejak kecil, tapi kalau orang nak tinggal kau, orang tak hesitate. orang tinggal je. Orang lain bukan macam kau yang lembik, innocent, dan tak pernah terfikir nak tinggalkan atau pergi dari hidup seseorang. (diri sendiri). Head up, guys. Benda benda macam ni take time. Memang akan ada hari-hari dimana kau teringat semua kenangan manis. Memang akan ada waktu-waktu kau jatuh sebab rindu. Waktu-waktu kau perlukan mereka.

Tapi...

Siapa lagi nak tolong kalau bukan diri sendiri?

Pick yourself up. Time heals. You will get better.

And that's how I clean my life.



Cheer yourself up.