Saturday, April 1, 2017

Temporary People


Assalamualaikum.



Firstly, alhamdulillah dah graduate highschool weeeee. Seronok betul tinggal sekolah ye? Yelah orang kata nanti bila dah tua baru nak rindu-rindu zaman sekarang. For sure, kenangan indah, pahit serta manis tetap akan dirindukan hehehehe. Dah habis SPM, dah dapat result dah pun. Pasal result, hm Alhamdulillah tetap bersyukur walaupun ada rasa kecewa sikit pada diri sendiri. Tapi takpe, kita dah move on dengan result so let's back to our topic today, which is Temporary People.




Bagi aku, selama hampir 18 tahun tinggal kat bumi ni, aku dah jumpa bermacam-macam jenis orang. Ada yang kekal, ada yang pergi.

Alhamdulillah kalau korang semua masih ada yang setia & sudi untuk selalu disisi. Kalau korang semua ada kawan-kawan atau orang yang selalu ada waktu jatuh naik kita, waktu orang mencaci kita, waktu kita tiada sesiapa, waktu kita memerlukan seseorang, simpan & jagalah mereka baik-baik. Sebab apa? Sebab mereka ni orang-orang yang nampak baik buruk kita.

Lagilah kalau kau jenis yang baran ke annoying ke atau apa2 perangai yang orang lain susah nak terima, tup tup kau nampak seorang dua tu je yang ada disisi kau. Yang lain (geng-geng temporary people) semuanya dah pergi sebab takboleh terima kekurangan yg kau ada.

Kadang-kadang terkilan. Ni ke cara manusia? Nampak cacat cela seseorang sikit terus buat keputusan untuk pergi?

Sedar jugaklah yang diri kita tak sempurna.  Tapi cara mereka tu jelas-jelas boleh buat kita rasa seperti dibuang, dicampak ke tempat lain selepas mereka kenal kita. Jadi aku rasa, sebenarnya, bukannya "tak kenal maka tak cinta". Tapi bila dah kenal, mereka makin benci pula. *emotional* hahahahaha.

Walau macam mana pun, kalau korang pernah terasa situasi yg macam ni, jangan anggap yg hidup kau dah gelap hanya sebab seorang perosak ni  je. Aku pun pernah mengalami situasi yg sama. Pernah jadi orang paling clueless di dunia, sebab bertanya pada diri sendiri, "Apa salah aku?". Pernah tenggelam dalam perasaan yang rasa macam ... susahnya nak keluar dari situ. Macam tak ada jalan langsung.
Padahal ada je jalan yang terbentang luas.

Jalan penyelesaiannya,

Kau kena sedar, bukan dia seorang yang wujud di muka bumi ni. Yelah walaupun mungkin kita sayang friendship atau sesuatu ikatan tu sebab dah banyak kenangan bersama sejak kecil, tapi kalau orang nak tinggal kau, orang tak hesitate. orang tinggal je. Orang lain bukan macam kau yang lembik, innocent, dan tak pernah terfikir nak tinggalkan atau pergi dari hidup seseorang. (diri sendiri). Head up, guys. Benda benda macam ni take time. Memang akan ada hari-hari dimana kau teringat semua kenangan manis. Memang akan ada waktu-waktu kau jatuh sebab rindu. Waktu-waktu kau perlukan mereka.

Tapi...

Siapa lagi nak tolong kalau bukan diri sendiri?

Pick yourself up. Time heals. You will get better.

And that's how I clean my life.



Cheer yourself up.



Thursday, December 1, 2016

Holidays with kdrama



Assalamualaikum. 

Tak banyak pun nak tukar. tukar-tukar warna je dengan header hhehehehe. i'm back! actually belum habis spm sebab tinggal subjek ICT tapi it's okay hihi. Btw aku dah edit semua section exchange linkies tu sebab aku dah lamaaaa sangat private kan blog. lemme know if you want to exchange ur link with me, okay.

So sempena holiday kali ni.

i cant decide if i want to kerja. tapi  of course akan cepat-cepat amik lesen kereta hehehe. jadi sementara ada masa terluang banyak ni ha, nah aku cadangkan sikit kdrama tengah meletops-letops kekekeke. sempena SPM dah habis kan HEHEHE (not really hahaha :p)

Image result for sweet stranger and me

1. Sweet Stranger and Me.

Cerita ni pasal pramugari yang dah nak kahwin, tapi terpaksa batalkan hasrat dia nak kahwin sebab bf dia curang. Dalam masa yg sama, mak dia meninggal. Ayah dia hilang (larikan diri). So tiba-tiba bila dia balik kampung..... ada sorang lelaki ni mengaku ayah tiri dia. Pramugari tu tak percaya lah sebab ayah tiri mendaaa yg sebaya camni. Tapi tuptaptuptap..... masing2 suka sama suka kehkehkeh cliche betul. 

----------------------------------------------------------

Image result for legend of the blue sea

2. Legend Of The Blue Sea

Haaa, cerita ni jangan cakaplah. Rating dia kemain lagi sebab ramai peminat Lee Min Ho hehehe. Aku bukan peminat dia, tapi jalan ceritanya memang best sebab tu lah aku tengok. Ceritanya pasal duyung ni tersuka kat lee min ho lepastu sanggup naik darat semata nak cari lee min ho. so lets find out if she succeed on finding her first love! 
                              
 

Cantik kan?


Dalam Legend Of the blue sea ni tak sangka dia macam ni kahkah 😂😂

------------------------------------------------------------------------------------


Image result for romantic doctor kim

3. Romantic Doctor Kim

Cerita ni pula sesuai dengan korang yang minat medic. Aku memang suka tengok cerita macam ni sebab kadang2 bagi motivation untuk diri sendiri. Tapi tulah dengan konfliks nya macam-macam lah jadinya. Doctor Kim ni pernah dianggap 'legendary surgeon'. Tapi disebabkan satu kesalahan dia masa bedah pesakit, dia hilang kerja. Orang anggap dia bedah manusia sebab dia gilakan pembedahan & dia physco.

- tujuan hiburan sahaja hehehehe. kawan aku yg tak minat kdrama pun terpengaruh dengan semua ni kekekeke okay till we meet again!